Sejarah

Sejarah Ringkas Penubuhan Maahad Al-Imam An-Nawawi

Pengasas

 

                   Maahad Al-Imam An-Nawawi telah diasaskan oleh Ustaz Zaidi bin Haji Salleh yang merupakan anak yang ketiga daripada lapan orang adik-beradik.

Pada zaman kehidupan kanak-kanaknya, Ustaz Zaidi telah dipelihara dan dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya iaitu Hajjah Mariam binti Haji Ramli dan suaminya Tuan Haji Ibrahim bin Othman.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Permatang Janggus, Penaga dan seterusnya melanjutkan pelajaran diperingkat menengah di empat buah sekolah iaitu :

 

i)          Madrasah Taufiqiyah, Padang Lumat, Kedah

ii)         Kolej Islam Kelang, Selangor

iii)        Madrasah Al-Masriyah, Bukit Mertajam

iv)        Madrasah Nahzdoh, Bukit Besar, Kedah

Setelah tamat pengajian di  peringkat sekolah menengah beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah selama 5 tahun dan berjaya memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Syariah.

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Islam Madinah, Ustaz Zaidi bin Salleh seterusnya memulakan kariernya sebagai seorang pendidik dengan mencurahkan baktinya di beberapa buah sekolah iaitu :

 

i)          Madrasah Faqiyah, Permatang Pauh, Bukit Mertajam

ii)         Madrasah Daeratul Maarif, Kepala Batas, Seberang Perai

iii)       Maktab Wan Jah

 

Pada tahun 1996, Ustaz Zaidi telah memulakan langkah baru dengan menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Agama di daerah Butterworth yang sehingga kini wujud sebagai satu-satunya Sekolah Menengah Agama di daerah tersebut iaitu Maktab Wan Jah

Setelah beberapa tahun terlibat sebagai pengetua di sekolah tersebut Ustaz Zaidi seterusnya kembali ke kampung halamannya iaitu Lahar Minyak, Kepala Batas dan seterusnya menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Agama di desa kelahirannya itu.

 

Sekolah tersebut ialah Maahad Al-Imam An-Nawawi yang kini telah menjangkau pada tahun persekolahan yang keenam.

Segala usahanya ketika ini adalah untuk meningkatkan kemajuan sekolah ini untuk berjaya melahirkan insan yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

Beliau mendapat sokongan penuh daripada isterinya Ustazah Siti Samsiah binti Haji Saleh yang merupakan pelajar lepasan Universiti Al-Azhar, yang juga merupakan tenaga pentadbir di sekolah ini.

 

Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha murninya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>