Logo

Tafsiran Logo Maahad Al-Imam An-Nawawi

 

 

Latar belakang logo yang berwarna hijau melambangkan bahawa Maahad ini membawa mesej kedamaian dan ketenangan dalam hidup kerana hijau melambangkan kedamaian. Hijau juga adalah warna rasmi untuk agama islam yang membawa kebahgiaan sejagat dalam kehidupan.

Bentuk bujur dan keadaannya seperti cermin muka membawa maksud bahawa Maahad ini membawa satu simbolik yang penting bahawa manusia perlu mencerminkan diri sendiri sebagai benteng yang kukuh untuk menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara bagi menjamin kebahgiaan sejagat.

 

Lingkaran ini membawa maksud bahawa Islam membawa batas-batas yang terhad bagi menjamin kebahagiaan manusia supaya manusia sentiasa hidup di dalam kedaan aman damai dengan batas-batas budi pekerti yang mulia.

Bulatan kecil yang melengkongi lengkaran ini membawa maksud bahawa setiap umat islam mesti merasai bahawa ia sentiasa diawasi setiap saat dan ketika oleh Allah swt yang maha melihat dan mendengar.

Ia juga membawa maksud perjalaan Maktab ini juga tidak mengenepikan kemajuan sains dan teknologi samaada di dalam pendidikan dan juga pentadbiran. Ia adalah merupakan sebahagian daripada ilmu-ilmu Islam.

 

 

Nama Maahad ini ditulis di dalam Bahasa Arab, melambangkan bahawa Maahad ini menekankan pendidikan ke arah memahami dan mempelajari bahasa arab di dalam pengajian yang ia adalah merupakan bahasa al-Quran. Bahasa arab juga adalah merupakan rujukan utama di dalam pengajian Islam dan hukum hakam dalam Islam.

Nama Maahad di beri nama Maahad Al-Imam An-Nawawi sempena nama seorang Ulamak. Imam An-Nawawi adalah merupakan seorang ulamak yang terkenal di dalam dunia Islam di dalam Mazhab Syafie.

 

An-Nawawi adalah merupakan nama panggilan ringkas umtuk Maahad al-Imam An-Nawawi.

Ia di tulis dengan tulisan rumi, membawa maksud pengajian di Maahad ini tidak mengenepikan pengajian berbentuk akademik yang menggunakan sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Warna yang digunakan adalah warna biru yang melambangkan kedamaian dan kesejahteraan yang diperjuangkan oleh warga Maahad.

 

“MIN” adalah rengkasan nama Maahad Al-Imam An-Nawawi. Ia adalah merupakan tunggak atau sandaran yang penting.

Bentuknya yang bermula dari kecil dan berakhir dengan besar, menunjukkan bahawa pengajian perlu bermula dari peringkat kanak-kanak dan membesar ke peringkat remaja seterusnya sehingga ke peringkat dewasa. Perjalanan sekolah juga bermula dari kecil dan akan membesar sedikit demi sedikit sehingga terkenal kepada segenap peringkat masyarakat.

Maahad ini mula ditubuhkan pada tahun 1420 Hijrah bersamaan 2000 Masihi.

Tahun Hijrah digunakan kerana ia adalah tahun rasmi umat Islam.

 

 

Al-Quran adalah perlembagaan Islam dan ia adalah merupakan sumber rujukan utama Maahad ini.

Ia melambangkan kesatuan umat islam dan juga melambangkan bahawa perjalanan pertadbiran dan matlamat perjalanan Maahad ialah satu, iaitu untuk Allah swt.

Al-Quran berwarna emas membawa maksud bahawa betapa tinggi nilainya Agama Islam dan segala apa yang ada di dalam agama Islam dari segi ilmu, amalan kehidupan harian, kemasyarakatan, kenegaraan dan lain-lain lagi.

Bulan dan bintang adalah simbol Agama Islam yang melambangkan tauhid umat Islam kepada tuntutan 2 kalimah syahadah.

Ia juga menunjukkan rujukan utama umat islam kepada 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Ia juga membawa maksud tugas utama manusia di jadikan oleh Allah ialah 2 perkara iaitu untukBeribadah kepada Allah swt dan sebagai Khalifah di atas muka bumi ini.

Bintang yang berbucu 5 membawa maksud, rukun islam yang 5.

Warna kuning melambangkan kedaulatan. Ia membawa maksud kedaulatan umat islam terletak pada 2 kalimah syahadahnya.

 

Al-Quran bercahaya serta Bulan dan Bintang di atasnya membawa maksud bahawa kesempurnaan seorang muslim terletak pada 3 perkara utama di dalam amalan kehidupan hariannya. Ia disebut sebagaiRukun Agama Islam iaitu 1- Rukun Islam. 2- Rukun Iman. 3- Ihsan atau akhlak yang sempurna. Ketiga-tiga perkara ini perlu berjalan serentak di dalam kehidupan seorang muslim, maka barulah ia akan menghasilkan cahaya keimanan kepada Allah swt.

 

6 jalur cahaya membawa maksud Rukun Iman yang 6.

Warna putih melambangkan kesucian yang sempurna sekiranya seseorang itu betul-betul beriman kepada Allah swt. Keadaannya sama seperti kain putih yang bersih yang tidak ternoda oleh apa-apa kekotoran.

 

Motto Maahad ini ialah BERIMAN, BERSAUDARA DAN BERWAWASAN.

Ketiga-tiga perkara ini adalah merupakan asas kepada perjuangan warga Maahad, samaada di dalam pentadbiran atau lain-lain hubungan warga Maahad dengan orang lain. Ia juga diserapkan kepada pelajar-pelajar Maahad. Ia terikat begitu erat di atas tali yang satu iaitu tali Allah “Agama Islam”

“BERIMAN” membawa maksud asas jihad atau perjuangan umat Islam atas dasar keimanan kepada Allah swt. Ia melambangkan penyatuan umat Islam atas satu dasar.

“BERSAUDARA” membawa maksud bahawa perjuangan yang sebenar di dalam Islam untuk membuahkan hasil yang terbaik mestilah di atas persaudaraan yang tulin. Tanpa ada sedikitpun unsur-unsur permusuhan dalam diri anggota masyarakat barulah menghasilkan keselarasan di dalam segala tindak tanduk di dalam setiap pekerjaan. Maka hasil dari itu barulah segala tidakan akan berjalan dengan lancar dan mendapat pertolongan dari Allah s.w.t .

“BERWAWASAN” membawa maksud bahawa Maahad ini mempunyai wawasan yang tinggi bagi mencapai segala impian samaada wawasan akhirat atau wawsan dunia sehingga menjadi manusia yang maju dalam apa bidang sekalipun.

Motto Maahad ditulis dengan warna putih dan berlatar belakangkan reben berwarna hitam – membawa maksud bahawa perjuangan untuk mencapai matlamat Beriman, Bersaudara dan Berwawasan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana perkara ini perlu diperjuangkan  ditengah masyarakat yang berbagai jenis dengan berbagai cabaran yang ada disekeliling kita samaada dalam bentuk suasana masyarakat, media elektronik atau cetak dan sebagainya yang boleh membawa manusia tergelincir di dalam kegelapan kejahilan ilmu serta hidayah Allah swt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>